Bertemu kembali kita dalam subjek Psikologi Pendidikan Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang akan bermula pada 01 April,15 April, 22 April, 06 Mei dan 20 Mei 2011 nanti. Setelah setahun lebih program KDP 14 Minggu diberhentikan seketika, sekarang program ini berjalan kembali dengan program baru yang dinamakan PPG. Usaha pihak kerajaan untuk mencapai target tahun 2015 80% guru yang berada di sekolah rendah memiliki ijazah.
Untuk kemasukan PPG tahun ini hampir 800 guru di Negeri Kelantan telah dipanggil dan mengikuti kursus ini. PPG ini akan dijalankan dengan usahasama Open Universiti Malaysia (OUM) bagi menampung keperluan tenaga pensyarah dan fasiliti tempat belajar. Jadi marilah rebut peluang keemasan ini para guru sekelian, bagi mengutip sebanyak mungkin ilmu untuk kita curahkan kepada anak didik kita di sekolah yang dahagakan ilmu pengetahuan dari sifu gurunya.
Sementelah pihak KPM telah memberi peluang belajar secara percuma pada hujung minggu ini, maka amatlah rugi jika para guru melepaskan peluang yang diberikan ini. Menuntut ilmu bukan kerana terpaksa sebaliknya jadikan ianya sebagai tuntutan individu untuk menambahkan kompetensi bidang profesional masing2. Apa yang paling penting sekali, jangan kita merasa rendah diri dan terlambat untuk menuntut ilmu disebabkan usia sudah semakin tua, kerana dalam Hadis menyebut "Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad". Maknanya menuntut ilmu itu tiada had masa dan usia malah sepanjang hayat.
"SELAMAT MENEMPUHI ALAM BELAJAR DEWASA"

0 komentar:
Posting Komentar