Pages

Sabtu, Juli 11

Syor kaunseling ibu bapa pelajar bermasalah

KUALA LUMPUR: 11 Julai 2009, Beri kaunseling kepada ibu bapa pelajar bermasalah. Itu antara saranan Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berhubung cara mengatasi gejala pelajar biadap dan kurang ajar.Ini kerana, katanya ibu bapa berperanan besar membentuk keperibadian anak dan sekiranya berlaku sebarang masalah, membuktikan didikan diberikan kurang berkesan atau belum mencukupi.“Sesi kaunseling sepatutnya turut diberikan kepada ibu bapa pelajar bermasalah supaya mereka sedar tanggungjawab berkenaan harus dipikul bersama bukan hanya mengharapkan tugas itu dilakukan guru saja.“PIBGN juga berpandangan hukuman rotan secara tertutup perlu dilaksanakan dan jika boleh dilakukan di depan ibu bapa pelajar bagi membendung gejala pelajar biadap,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai perbuatan biadap seorang pelajar lelaki yang sanggup menghamburkan kata-kata kesat kepada pengetua sekolahnya sambil disaksikan puluhan rakan serta seorang guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.
Tindakan kurang ajar itu dilakukan pelajar tingkatan tiga itu sejurus pengetua berkenaan memberitahu mengenai tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadapnya.Perbuatan spontan pelajar berusia 15 tahun itu dianggap keterlaluan kerana dia tanpa segan silu memaki-hamun pengetua wanita berusia 50-an itu.Difahamkan, dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa lalu, pengetua berkenaan pergi berjumpa pelajar terbabit bagi memaklumkan dia akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin serius.Mengulas lanjut, Dr Mohamad Ali berkata, beliau berharap kerajaan mengkaji semula jawatan guru disiplin di setiap sekolah.

0 komentar: